Cip Xbox Series X, produk buatan Malaysia

Xbox generasi Microsoft yang seterusnya secara rasmi digelar sebagai Xbox Series X. Microsoft telah mendedahkan rekaan dan nama permainan konsol itu di Game Awards sebelum ini. Permainan konsol kali ini akan kelihatan lebih mirip seakan PC daripada Xbox konsol yang dilihat sebelum ini.

Xbox Series X ini sudah dimaklumkan akan keluar pada tahun ini walaupun diselubungi pandemik krisis koronavirus. Permainan konsol ini pastinya ditunggu oleh ramai peminat permainan video konsol di seluruh dunia.

Yang lebih mengujakan terutamanya buat rakyat Malaysia, ‘processor’ untuk Xbox Series X Microsoft ini adalah produk dari Malaysia! Ini berikutan terma “Made in Malaysia” menjadi popular di laman Twitter selepas processor itu didedahkan dengan tulisan padanya dibuat dari Malaysia.

Cip processor “Made in Malaysia”

Ciapan tersebut telah dimuatnaik oleh seorang youtuber, Austin Evans yang memuatnaik gambar beliau memegang cip dengan logo Xbox dan tulisan Series X dan Project Scarlett. Pada cip tersebut juga, ia menyatakan bahawa ianya dibuat di Malaysia dan difiuskan di Taiwan.

Menurut pasukan Xbox, pemproses yang direka khusus itu dikuasakan oleh 8-core AMD Zen 2 CPU dan 12 TFLOPS RDNA kelas-2 GPU. Laman web Tech, Window Central menerangkan dengan lebih lanjut bahawa keluarga Zen 2 dikatakan mempunyai prestasi yang lebih dinaiktaraf dan lebih cekap, dengan Xbox Series X bersedia untuk menyampaikan empat kali lebih kuasa CPU Xbox One X.

Perkakasan baru itu juga dilaporkan membolehkan permainan konsol itu untuk menjalankan permainan definisi 4K sehingga 60 fps (bingkai sesaat) dan turut menjanjikan sokongan sehingga 120 fps.

Microsoft telah mempersiakan Xbox Series X di bawah nama Project Scarlett sebelum ini, dan penamaan yang telah disahkan daripada Sony bahawa mereka memilih PlayStation 5 untuk nama konsol mereka yang seterusnya. Microsoft mendakwa Xbox Series X akan menjadi yang terpantas dan paling berkuasa.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

Pengambilan makanan tambahan bawa lebih kebaikan kepada kesihatan

Read Next

Shenzhen jadi bandar pertama di China larang makan daging kucing dan anjing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *