Sempena World Backup Day, dikongsikan 3 cara mudah backup data di komputer

  • By Wendy. V
  • March 31, 2020
  • 0
  • 136 Views

31 Mac tahun ini merupakan World Backup Day. Jika anda suda membuat backup dengan kemas dan pastikan ianya selamat disimpan, anda selayaknya sangat bersedia. Atau sekiranya anda masih belum berbuat demikian, seeloknya anda melakukannya sekarang walaupun ia boleh ditunggu sehingga esok atau hari kemudiannya.

Berita buruk ialah memandangkan ramai yang bekerja dari rumah, kita tidak boleh bergantung kepada IT semata-mata untuk melakukan semuanya untuk kita. Berita baiknya pula ialah, dengan ramai yang bekerja dari rumah, buat backup tidaklah begitu sukar dilakukan dengan betul – bahagian yang paling sukar adalah membiasakan diri untuk melakukan dengan betul.

Tujuan dan manfaat pengguna harus backup data di komputer, ialah untuk melindungi data penting di dalam PC dari hal yang tidak diinginkan – sama ada terpadam, terformat, rosak atau hilang. Selain itu, ianya juga berfungsi untuk menyimpan file-file yang biasanya tidak tahu bila perlu digunakan, tetapi pengguna tidak mahu ianya hilang. Backup juga membantu membersihkan ruang penyimpanan (storage), hard drive dari file-file yang belum akan digunakan ketika ini.

1. Backup data komputer secara manual

Cara ini paling mudah untuk dilakukan, iaitu dengan hanya memindahkan data dari drive di komputer ke dalam peranti penyimpanan luar seperti Hardisk External, DVD/CD, Flashdisk dan sebagainya.

Oleh itu, data-data yang suda tidak dipakai lagi buat masa itu atau untuk jangka masa yang lama, seperti gambar foto lama, audio, video, master program atau file dokumen lain dipindahkan ke direktori external seperti yang disebutkan.

2. Backup data menggunakan sistem backup Windows

Cara backup data komputer yang kedua boleh dilakukan dengan bantuan aplikasi atau program yang sudah diberikan oleh Windows. Windows komputer membolehkan pengguna melakukan backup data dengan aplikasi “Backup and Restore” file windows. Ini boleh diakses melalui Start Menu > All Program > Maintenance > Backup and Restore.

3. Backup data di cloud storage

Backup data menggunakan cloud storage memerlukan bantuan sambungan internet, dimana sistem penyimpanan data dilakukan di dalam jaringan internet. Dengan cara ini, pengguna boleh mengakses bila-bila masa sahaja, asalkan dengan adanya sambungan internet.

Bagi cara ini, ianya tidak disimpan seperti di dalam flashdisk, hardisk atau sebagainya. Semua file-file disimpan di cloud storage boleh diakses baik untuk diedit, dikirimkan, disimpan dan dimuat turun bergantung kepada keperluan pengguna.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *