Isyarat 5G selamat digunakan dan tidak memudaratkan kesihatan

  • By Wendy. V
  • March 30, 2020
  • 0
  • 176 Views

Isyarat 5G adalah selamat untuk digunakan, menurut International Comission on Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP). ICNIRP merupakan badan dunia yang bertanggungjawab mengkaji kesan radiasi tak terion terhadap manusia.

Badan itu telah mengemaskini piawaian telekomunikasi itu untuk memasukkan maklumat keselamatan berkaitan penggunaan gelombang berfrekuensi tinggi untuk rangkaian 5G. Kemaskini garis panduan perlindungan ini merupakan pertama kali dibuat sejak kali terakhir dipinda pada tahun 1998.

Secara realitinya, penggunaan 5G setakat yang digunakan di Amerika Syarikat mempunyai kadar perlepasan gelombang di bawah kadar maksimum yang dibenarkan. Di UK pula, frekuensi radio 5G yang digunakan di sana masih sama seperti yang digunakan telefon bimbit sejak tahun 1998.

Pengerusi ICNIRP, Dr. Eric van Rongen memaklumkan garis panduan terdahulu bersifat konservatif dalam kebanyakan kes, tetapi masih lagi memadai untuk teknologi semasa. Bagaimanapun, menurut beliau lagi garis panduan yang telah dikemaskini ini mampu memperincikan lagi panduan untuk julat frekuensi yang lebih tinggi, terutamanya yang di atas 6GHz.

Pihak mereka juga telah lakukan banyak kajian untuk menyiasat kesan gelombang elektromagnetik jenis ini terhadap sel organik. Untuk pengetahuan anda, gelombang elektromagnetik yang digunakan pada rangkaian 5G tidak miliki daya penembusan yang cukup untuk merosakkan sel organik, sebahagian besar tenaga yang terkandung padanya hilang semasa menghentam permukaan sel.

Antena 5G sedang diuji di suatu bilik penyukatan istimewa di Regensburg, Bavaria.

Sekatan terbaru ini tidak akan melibatkan pemancar-pemancar isyarat 5G. Ianya lebih tertumpu pada peranti-peranti berkeupayaan menerima isyarat 5G. Garis panduan terbaru isyarat pemancar ini turut meliputi peranti 5G yang menyokong penerimaan isyarat berbentuk mmWave.

Walaupun terdapat banyak bukti bahawa isyarat 5G, seperti standard pada telefon bimbit yang sebelumnya, selamat untuk orang ramai, namun masih terdapat komuniti besar yang skeptik, berasa gentar ianya akan menyebabkan  atau sudah menyebabkan masalah kesihatan termasuk kononnya, koronavirus. Walau bagaimanapun. tiada bukti untuk menyokong hubungan antara keduanya.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *