Impak COVID-19 terhadap kelajuan internet seluruh dunia termasuk Malaysia

  • By Wendy. V
  • March 27, 2020
  • 0
  • 236 Views

Anda perasan atau tidak yang sebenarnya kadar kelajuan internet seakan agak perlahan berbanding sebelum ini? Bahkan, bukan Malaysia sahaja yang terjejas dengan isu kelajuan internet ini, malah hampir seluruh dunia mengalami nasib yang sama. Adakah ini impak daripada pandemik koronavirus yang melanda dunia?

Pada lewat Januari, China telah laksanakan ‘lockdown‘ yang menyebabkan ramai penduduk terpaksa berkurung di rumah. Oleh itu, lebih ramai orang yang menggunakan talian internet sebagai alternatif, menyebabkan kadar kelajuan internet terjejas berikutan berlaku “surging traffic” – iaitu trafik yang memuncak akibat penggunaan yang meningkat.

Ookla, yang dikenali dengan syarikat yang mengendalikan aplikasi Speedtest, telah berkongsi mengenai pandangan mereka tentang impak COVID-19 terhadap prestasi rangkaian internet dunia.

Sehingga 23 Mac 2020, Ookla memaklumkan bahawa mereka telah melihat kemerosotan secara umum untuk kadar kelajuan bagi sambungan jalur lebar mudah alih (mobile) dan tetap (broadband) di seluruh dunia.

Malaysia menyaksikan penurunan mendadak dalam kelajuan muat turun purata (kedua-dua jalur lebar mudah alih dan tetap) dari 16 Mac hingga 22 Mac. Penurunan ini juga dipadankan dengan peningkatan latensi (latency) untuk minggu yang sama.

Signifikan pada selang waktu tersebut (16-22 Mac) ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia bermula 18 Mac. Ini bermakna bahawa penurunan purata kelajuan di Malaysia boleh menjadi peningkatan ketegangan (strain) yang dibebani ke atas pengendali rangkaian di negara ini. Sebelum ini, bagi kedua-dua jalur lebar tetap dan muat turun mudah alih Malaysia, ianya “tetap stabil” sejak 24 Februari.

Sebaliknya, kelajuan muat turun purata ke atas jalur lebar tetap di China dan Jepun telah bertambah baik, dengan kedua-dua negara juga terjejas wabak pandemik.

Manakala di bahagian lain di seluruh dunia, kelajuan purata untuk jalur lebar tetap di Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, dan Switzerland juga telah merosot, walaupun United Kingdom, Itali, dan Austria kelihatan tetap mengekalkan kelajuan muat turun mereka (16 Mac minggu).

Jadi, diharapkan anda semua bersabar dengan keadaan ini dan tidak menyalahkan pengendali rangkaian telefon anda. Semoga wabak COVID-19 dapat dibendung dengan pantas, agar keadaan kembali pulih seperti biasa.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *