AMD umumkan Ryzen 9 4900H dan 4900HS untuk komputer riba

  • By Wendy. V
  • March 25, 2020
  • 0
  • 123 Views

Menyertai keluarga generasi 4 CPU Rzyen AMD ialah Ryzen 9 4900H dan 4900HS. Imbuhan “H” dan “HS” menurut AMD, merujuk pada TDP produk itu sendiri iaitu 45W untuk 9400H dan 35W utuk 4900HS.

Kedua-dua mereka dilengkapi teknologi SmartShift, keupayaan untuk memindahkan, secara masa nyata, tugasan pengkomputeran antara teras berkuasa tinggi dan teras cekap tenaga sebagai langkah untuk mengoptimumkan penggunaan bateri.

Menurut laporan, kedua-dua produk ini menawarkan prestasi yang lebih baik keseluruhannya berbanding generasi sebelum ini. Kedua-dua 4900HS dan 4900H dilengkapi 8 unit teras berserta 16 thread.

Beza antara dua produk ini adalah pada clockspeed dengan 4900H ada 3.3 GHz (4.4 Ghz jika gunakan Turbo Boost) manakala 4900HS ada 3.0 Ghz (4.3Ghz jika gunakan Turbo Boost).

Sekiranya dibandingkan dengan pesaing Intelnya, AMD meletakkan cip ini sebaris dengan Intel Core i9-9880H dengan angka-angka seperti:

  1. 28% skor lebih baik dalam Cinebench R20
  2. 23% lebih baik untuk video transcoding
  3. 56% lebih baik untuk image rendering
  4. 32% lebih baik dalam audio encoding.

Produk demi produk telah dikeluarkan AMD untuk kembali semula bersaing dalam kategori komputer riba. Tapi untuk kali ini, paling awal anda boleh temui produk yang diperkasa cip ini adalah sekitar suku 2 tahun 2020.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *