Malaysia di kedudukan tertinggi di Asia Tenggara yang terjejas dengan “Stalkerware”

  • By Wendy. V
  • March 17, 2020
  • 0
  • 183 Views

Berdasarkan statistik terkini dari Kaspersky, Malaysia menduduki tangga ke-13 dari segi pengguna yang terjejas dengan stalkerware pada tahun 2019. Syarikat keselamatan siber ini telah memperlihatkan peningkatan 23% pengguna yang terjejas dari tahun ke tahun antara 2018 dan 2019 di negara ini. Statistik yang dikumpulkan oleh Kaspersky telah meletakkan Malaysia pada kedudukan tertinggi di Asia Tenggara.

Perisian pengintip ini dipasang tanpa pengetahuan pengguna untuk mendapatkan butiran peribadi mereka termasuk gambar, video, data lokasi dan pelbagai lagi. Ia memberikan ancaman kepada maklumat peribadi yang akan disalahgunakan oleh pihak ketiga.

Hampir semua perisian pengintip ini direka untuk memantau aktiviti mangsa termasuk aktiviti di papan kekunci yang menjadikannya sangat berkesan dalam mencuri maklumat pengguna.

Untuk mengelakkan maklumat peribadi anda diceroboh oleh pengintip dalam talian, anda dicadangkan supaya:

  • Sekat pemasangan semua program dari sumber yang tidak diketahui dalam tetapan telefon pintar anda.
  • Tidak mendedahkan kata laluan telefon pintar termasuk kepada orang yang anda percayai.
  • Tidak menyimpan fail atau aplikasi yang tidak dikenali, kerana ia mungkin akan membahayakan privasi anda.
  • Tukar semua tetapan keselamatan peranti jika anda memutuskan hubungan dengan seseorang. Mereka mungkin boleh cuba mendapatkan maklumat peribadi anda untuk memanipulasi anda.
  • Periksa senarai aplikasi pada peranti untuk mengetahui jika terdapat program yang mencurigakan dipasang tanpa kebenaran anda.
  • Gunakan penyelesaian keselamatan yang boleh dipercayai untuk mengetahui kehadiran perisian pengintip.
  • Jika anda merasakan sedang menjadi subjek pengintipan seseorang, hubungi organisasi yang berkaitan untuk bantuan.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *