Huawei Mate XS, telefon pintar 5G boleh lipat

  • By Wendy. V
  • March 16, 2020
  • 0
  • 154 Views

Mula diumumkan sejak tahun lalu mengenai projek telefon boleh lipat dari Huawei, nampaknya penantian orang ramai untuk memilikinya bakal tamat setelah Huawei Malaysia mengumumkan model Mate Xs bakal ditawarkan seawal 20 Mac ini dengan harga RM11,111.

Sesuai dengan harganya yang premium, Huawei pada model ini berjaya menawarkan spesifikasi yang terbaik serta antara yang tercanggih di pasaran ketika ini.

Dilengkapi dengan skrin boleh lipat 8-inci serta boleh dilipat kepada telefon 6.6-inci, Huawei Mate Xs dikuasakan oleh processor Kirin 990 5G dan bateri berkapasiti 4,500mAh. Buat pasaran Malaysia, model ini hadir dengan RAM 8GB dan ruang storan 512GB.

Tidak hanya memfokuskan pada bahagian spesifikasi, kamera Huawei Mate Xs dilengkapi dengan kamera 40-megapixel, 16-megapixel dan 8-megapixel.

Buat anda yang berminat serta mahu muncul yang terawal untuk memiliki telefon pintar boleh lipat pertama dengan rangkaian 5G ini, anda boleh mula membuat pra-tempahan di laman web Lazada dengan harga RM11,111. Model ini bakal mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Mac ini dimana para pengguna bakal turut menerima Huawei Freebuds 3.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *