Roche cipta peralatan uji COVID-19 lebih pantas

Gergasi farmaseutikal Roche mengumumkan hari ini bahawa ia sudah menerima kelulusan serta merta daripada pengawal atur Amerika Syarikat bagi peralatan baharu dan ujian lebih pantas untuk diagnosis koronavirus maut COVID-19.

Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) memberikan kelulusan untuk mengkomersialkan Ujian SARS-COV-2 bagi mengesan virus yang mencetuskan pandemik global COVID-19, kata Roche dalam satu kenyataan. Ujian boleh dibuat dalam jumlah banyak dengan peralatan berautomasi penuh, kata Roche, mencadangkan bahawa ia boleh memberikan keputusan lebih pantas berbanding ujian lain yang sedia ada.

“Kami sedang mempertingkatkan kepantasan 10 kali ganda,” kata Thomas Schinecker, ketua unit diagnosis Roche dalam satu temu bual dengan Bloomberg News.

Dalam masa 24 jam, mesin besar itu akan memberikan keputusan sehingga 4,128 ujian, tambahnya. Ujian meluas adalah penting untuk mengekang penularan virus yang setakat ini sudah pun menjangkiti lebih 130,000 orang dan membunuh hampir 5,000 di seluruh dunia.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *