Cara menggunakan Microsoft Office secara percuma

  • By Wendy. V
  • March 12, 2020
  • 0
  • 185 Views

Apa yang diperlukan hanyalah akaun Microsoft dan capaian internet yang baik.

Microsoft Office adalah sebuah perisian penting terhadap yang digunakan hampir semua pengguna komputer, terutamanya bagi pengurusan data, urusan menaip surat-menyurat dan banyak lagi. Versi terbaru Microsoft Office 365 dijual pada harga dari RM269/bulan.

Tetapi bagi sebahagian pengguna, mereka mungkin tidak perlu pun membeli servis perisian tersebut. Ini kerana pihak Microsoft ada menawarkan akses secara percuma untuk barisan perisian itu di laman Office.com.

Cuma untuk mengakses versi percuma Microsoft Office adalah pastikan anda mempunyai capaian internet yang baik dan akaun Microsoft. Di sini dikongsikan panduan mengakses perisian-perisian Microsoft Office secara percuma dari laman Office.com:-

1. Daftar masuk akaun Microsoft.

2. Selepas berjaya log masuk ke dalam akaun Microsoft, anda akan mula dapat mengakses antaramuka seperti rajah di bawah yang membolehkan anda mengakses aplikasi-aplikasi Microsoft Office dan servis-servis lain yang ditawarkan Microsoft secara atas talian.

3. Sebagai contoh, bagi mula menggunakan perisian Microsoft Office, anda boleh mencipta fail Microsoft Word dengan klik pada butang Start New atau terus saja klik pada mana-mana aplikasi yang hendak digunakan anda. Atau anda juga boleh memuat naik fail Microsoft Office yang sedia ada dari komputer. Fail tersebut secara automatik akan disimpan ke dalam storan awan OneDrive.

4. Selepas mencipta dokumen baru, anda sudah boleh mula menaip dan melakukan kerja-kerja dengan mengakses kesemua ciri yang ada pada aplikasi Office. Sama sepertimana versi komputernya.

5. Setiap dokumen yang dicipta pula secara automatik akan dismpan ke dalam storan awan OneDrive. Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang keberadaan dokumen-dokumen anda. Menerusi storan awan OneDrive, anda akan boleh mengakses semua dokumen-dokumen tadi walau di mana saja anda berada.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, dengan kelebihan capaian teknologi dihujung jari walau di mana sahaja anda berada ketika ini, penggunaan perisian Microsoft Office secara atas talian ini pastinya memberikan kemudahan dan manfaat yang cukup besar kepada para pengguna.

Jadi, tiada alasan lagi mengapa anda perlu menggunakan perisian Microsoft Office yang cetak rompak.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *