Pintasan Saloma jadi mercu tanda baharu ibu kota

  • By Wendy. V
  • February 16, 2020
  • 0
  • 131 Views

Pintasan Saloma, jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Kampung Baru dengan Jalan Saloma kini mula dibuka kepada orang ramai sejak 5 Februari lalu.

Jambatan ini menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Pembinaan jambatan yang menelan kos RM31 juta ini mendapat sambutan hangat warga kota berikutan sebahagian 69 meter Saloma Link dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Hulu Klang (AKLEH).

Arkitek yang terlibat dengan projek Pintasan Saloma ini, Veritas Architect Sdn. Bhd mengambil elemen sirih junjung di dalam reka bentuknya.

Selain itu, reka bentuknya juga menghadap ke arah kiblat. Pembinaannya bermula pada 2 April 2018 dan siap pada 31 Januari lalu.

Bumbungnya kelok melengkung yang terdiri daripada 4,100 panel fasad berlian dan dilengkapi dengan lampu state-of-the-art untuk menerangi jambatan pada waktu malam dan menjadikannya unik serta menjadi tumpuan orang ramai pada waktu malam apabila bumbungnya memancarkan cahaya berwarna-warni.

Pintasan Saloma tidak hanya menceriakan warga Kampung Baru malah menarik lebih ramai pelancong untuk merasai pengalaman ketika menyelusuri jambatan ini untuk ke Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.

Sudah tentu, Pintasan Saloma ini akan menjadi satu mercu tanda baharu di ibu kota.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *