MWC 2020 dibatalkan selepas peserta pameran tarik diri akibat koronavirus

  • By Wendy. V
  • February 13, 2020
  • 0
  • 70 Views

Salah satu acara teknologi terbesar, Kongres Dunia Mudah Alih (MWC), yang akan berlangsung pada akhir bulan Februari, dibatalkan kerana wabak koronavirus.

Pameran acara telefon mudah alih terbesar itu berehat tahun ini selepas kebanyakan pempamer terbesar menarik diri daripada acara itu kerana ketakutan terhadap penyebaran koronavirus.

Penganjur acara Barcelona ini, GSMA, mengumumkan pada Rabu, 12 Februari, bahawa ia membatalkan MWC tahun ini.

John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA, berkata dalam satu kenyataan bahawa “keprihatinan global mengenai wabak koronavirus, kebimbangan perjalanan dan keadaan lain, menjadikan GSMA tidak akan melangsungkan acara itu.”

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, LG adalah nama besar pertama yang mengumumkan bahawa ia akan menarik diri dari acara tersebut. Kemudian, nama-nama besar seperti AT&T, Facebook dan Amazon, serta Sony turut membatalkan penyertaan mereka dalam acara tahunan itu.

Selepas banyak kemaskini yang menegaskan MWC akan diteruskan seperti yang dirancang, penganjur telah memutuskan untuk membatalkan acara telefon bimbit terunggul selepas Nokia, HMD, Deutsche Telekom dan BT menambah diri mereka ke senarai yang menarik diri. Keputusan untuk membatalkan acara itu telah diputuskan dalam mesyuarat pada Rabu, oleh majlis GSMA.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *