Galaxy Z Flip bakal keluar 14 Feb ini, perkukuh kedudukan Samsung

  • By Wendy. V
  • February 12, 2020
  • 0
  • 83 Views

Samsung Electronics menampilkan telefon pintar boleh lipat dan menyediakan keupayaan rangkaian mudah alih 5G ke dalam semua peranti utamanya yang lain dalam usaha mengekalkan kedudukan sebagai syarikat telefon terbesar global.

Cubaan kedua Samsung memperkenalkan telefon lipat selepas ditangguhkan tahun lalu, berlaku ketika firma Korea Selatan itu cuba bertahan daripada saingan tradisinya dalam pasaran telefon pintar premium, Apple Inc serta pengeluar China seperti Huawei yang meraih penguasaan jualan di China serta Eropah.

Samsung Galaxy Z Flip yang menyokong rangkaian mudah alih 5G

Galaxy Z Flip, yang mempunyai kaca boleh dilipat, berbentuk segi empat besar apabila ditutup dan kelihatan seperti kebanyakan telefon pintar lain jika dibuka.

Ia bermula pada harga AS$1,380 dan boleh didapati bermula 14 Februari ini dalam variasi warna ungu, emas dan hitam, kata eksekutif syarikat itu di San Francisco.

Galaxy Fold yang diperkenalkan tahun lalu, peranti lebih besar yang dilipat seperti buku, mempunyai skrin plastik dan berharga hampir AS$2,000.

Penyedia telekomunikasi mempertaruhkan peranti 5G untuk meningkatkan permintaan, apabila pengguna menyimpan telefon masing-masing sehingga tiga ke empat tahun apabila pasaran telefon pintar global matang, kata Presiden Qualcomm Inc, Cristiano Amon.

Firma itu membekalkan cip untuk beberapa peranti keluaran Samsung.

Beberapa penganalisis berkata, jualan siri utama baharu Samsung, Galaxy S20, yang menampilkan sehingga empat kamera berkuasa, akan menjadi lebih kecil berbanding model terdahulu.

Mereka menjangkakan telefon boleh lipat akan menguasai sebahagian daripada jualannya.

Saham Samsung, yang menjana 34 peratus daripada keuntungannya tahun lalu daripada perniagaan mudah alih dan separuh daripada perniagaan cip, menokok 0.2 peratus dalam pasaran yang mendatar.

Huawei baru saja melancarkan telefon boleh lipatnya sendiri di China, manakala Apple belum melancarkan lagi iPhone berkeupayaan 5G.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *