Grab mengembangkan rangkaian perkhidmatan ke beberapa bandar di semenanjung Malaysia

  • By Wendy. V
  • September 7, 2020
  • 0
  • 20 Views
Grab Malaysia

Penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab akan mengembangkan tiga rangkaian perkhidmatannya, iaitu GrabCar, GrabFood dan GrabMart di beberapa bandar kecil di Semenanjung Malaysia bulan ini.

Ketua, kerajaan dan hal ehwal awam Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah berkata, inisiatif itu bertujuan mewujudkan lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan dan memperkasakan sektor ekonomi digital negara.

Katanya, antara kawasan yang terlibat adalah Cameron Highlands di Pahang, Pantai Remis di Perak, Baling di Kedah, serta Mersing dan Segamat di Johor. “Perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat (dijangka) akan dimulakan pada akhir bulan September sementara perkhidmatan GrabFood dan GrabMart (tanpa tunai dengan GrabPay) telah dirancang untuk suku keempat tahun ini. Di utara semenanjung, Grab akan mula beroperasi di bandar-bandar seperti Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *