Penggunaan e-dompet di Malaysia meningkat sepanjang tempoh penularan COVID-19

  • By Wendy. V
  • April 28, 2020
  • 0
  • 348 Views

Pembayaran tanpa kontak dan penggunaan e-dompet sekarang ini sangat menggalakkan semasa tempoh penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, dengan peningkatan pelanggan dua kali pada Mac lalu.

E-dompet bukan lagi sekadar kemudahan tetapi turut memainkan peranan penting dalam menerapkan ‘normal baharu’ dan bahkan dapat membantu mendatarkan keluk jangkitan COVID-19. Selain itu, penggunaan e-dompet dilihat sangt membantu kepada perusahaan kecil dan sederhana menjalankan perniagaan semasa tempoh PKP yang dilaksana sejak 18 Mac lalu.

Menurut Ignatius Ong, ketua pegawai eksekutif TNG Digital yang menawarkan perkhidmatan Touch ‘n Go berkata bahawa dengan menjalankan pembayaran tanpa tunai (cashless payment), orang awam dapat mengelak daripada menangani wang tunai secara fizikal dan meminimumkan kontak sesama manusia.

Beliau turut berkata bahawa penggunaan e-dompet adalah jauh lebih selamat dan lebih bersih, selain pengguna dapat memuat semula dan menyimpan wang di aplikasi tanpa perlu beratur panjang di mesin ATM untuk tujuan mengeluarkan wang bagi membeli barang keperluan di pusat beli-belah.

E-dompet Touch ‘n Go yang mempunyai jaringan lebih daripada 10 juta pengguna menawarkan pelbagai insentif seperti cashback dan free delivery untuk pesanan makanan. Perkhidmatan itu menggalakkan peniaga makanan secara atas talian untuk pergi ke arah perkhidmatan tanpa tunai.

Di samping itu, syarikat besar indsutri bank di Malaysia, Maybank turut menyaksikan lonjakan penggunaan e-dompet MAE, yang membolehkan pengguna untuk membayar barang pembelian dengan cara mengimbas kod QR melalui telefon pintar. Kadar pendaftaran terhadap e-dompet MAE itu dilihat berganda sejak PKP bermula.

“Penggunaan e-dompet dan pembayaran tanpa sentuhan membolehkan penjarakan sosial dapat ditinjau kerana pelanggan boleh mengimbas dan membayar di kaunter bayaran, hanya menggunakan telefon pintar tanpa perlu mengendalikan wang kertas. Jadi, dengan cara itu dapat meminimumkan pengendalian fizikal dan potensi penularan virus,” kata Kalyani Nair, ketua Perbankan Maya Kumpulan Maybank.

Transaksi tanpa tunai melalui perkhidmatan GrabPay Malaysia turut meningkat sekitar 1.7 kali sejak PKP.

Menurut Priyanka Madan, timbalan ketua GrabPay Malaysia berkata bahawa adalah penting untuk mendorong para peniaga untuk menerapkan perkhidmatan tanpa tunai dan ekonomi digital, kerana dapar membantu menyediakan sumber pendapatan alternatif dan masih dapat memberi layanan kepada pelanggan mereka.

Sebagai contoh, kerajaan Pulau Pinang mempunyai perancangan untuk menyediakan perkhidmatan tanpa tunai kepada semua pasar awam bermula bulan Jun.

Di Malaysia, terdapat sekurang-kurangnya 50 penerbit e-dompett berlesen di Malaysia, termasuk lima bank. Tahun lalu, dompet digital menyumbang sebanyak 7% daripada transaksi pembayaran e-dagang di Malaysia.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *