Pengeluar kondom utama dunia terpaksa hentikan pengeluaran, bekalan kondom dunia berkurangan

  • By Wendy. V
  • March 31, 2020
  • 0
  • 127 Views

Mungkin ramai masih belum tahu, tetapi Malaysia merupakan antara pengeluar utama terbesar bagi produk getah alat perlindungan, iaitu kondom.

Karex merupakan syarikat Malaysia yang menghasilkan pengeluaran kondom terbesar di dunia, dengan 1 daripada setiap 5 kondom yang beredar di pasaran global dihasilkan oleh syarikat ini. Kondom-kondom ini seterusnya dijual dibawah jenama lain – termasuk Durex, dan diedarkan di bawah sistem penjagaan kesihatan dan bantuan tertentu.

Pelbagai jenis kondom dihasilkan oleh syarikat pengeluar terbesar kondom, Karex

Walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengakibatkan penutupan kilang pembuatan selama lebih dari seminggu, walaupun Karex telah diberikan kebenaran untuk memulakan pengeluaran semula, walaupun dengan hanya 50% tenaga kerja.

Mereka tidak menghasilkan kondom secara tunggal dari ketiga-tiga kilangnya di Malaysia dalam tempoh 10 hari yang lepas disebabkan oleh PKP yang dikenakan oleh kerajaan untuk menghentikan penyebaran wabak itu.

Berikutan itu, syarikat itu memaklumkan terdapat kekurangan 100 juta kondom dan CEO syarikat, Goh Miah Kiat menjelaskan bahawa akan ada kekurangan kondom global “di semua tempat”. Bekalan kondom dunia akan berkurangan buat masa sekarang ini.

Tiga kilang Karex telah memulakan operasi sejak Jumaat lalu, walaupun Goh memberi amaran bahawa pengeluar masih akan berjuang untuk memenuhi permintaan besar dengan hanya 50% tenaga kerja.

CEO Karex, Goh Miah Kiat

“Kebimbangan saya ialah kepada kebanyakan program kemanusiaan di pedalaman Afrika, kekurangan itu tidak akan hanya dua minggu atau sebulan. Kekurangan itu boleh berlarutan,” kata Goh.

Negara pengeluar kondom utama lain adalah China diikuti India dan Thailand, walaupun wabak kini semakin merebak di India dan Thailand, manakala keadaan di China semakin stabil.

Selain pengeluar syarikat kondom, pembuat barangan kritikal lain seperti sarung tangan perubatan juga menghadapi kesukaran dalam operasi mereka di Malaysia berikutan PKP yang dilaksanakan dalam jangka masa sekarang ini.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *