Kekayaan hartawan Malaysia merosot, terkesan dengan ekonomi merundum akibat pandemik

Kekayaan individu terkaya atau hartawan Malaysia mula menunjukkan kerosotan apabila didorong oleh kepanikan pandemik yang menyebabkan kelembapan ekonomi negara.

Berdasarkan Senarai Individu Paling Kaya Forbes Malaysia 2020 yang dikeluarkan oleh Forbes Asia, kekayaan 50 hartawan Malaysia merosot untuk tahun kedua berturut-turut berikutan ringgit yang rendah dan susut hampir 10 peratus dalam indeks saham penanda aras negara.

Para hartawan terkaya Malaysia telah kehilangan kira-kira RM30.93 bilion sejak awal tahun ini, berdasarkan pemegangan saham mereka yang diketahui di firma tersenarai di Bursa Malaysia.

Tan Sri Quek Leng Chan dibawah pemilikan Kumpulan Hong Leong, merosot paling besar sejak 12 minggu lalu. Quek menyaksikan kerugian wang bernilai RM11.87 bilion. Walau bagaimana pun, Quek mengekalkan statusnya sebagai individu kedua terkaya di Malaysia.

Dilihat yang paling terjejas juga ialah jutawan perbankan Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow dengan nilai RM20.2 bilion. Teh menyaksikan penyusutan sebanyak RM7.7 bilion berikutan saham dalam Public Bank merosot kira-kira 30 peratus.

Pengasas Public Bank itu menyaksikan kedudukan di tangga kelima berbanding ketiga tahun lalu, susulan kesan daripada cabaran industri perbankan Malaysia.

Seterusnya, Tan Sri Ananda Krishnan dari Maxis menduduki tempat ketiga dengan nilai bersih RM24.6 bilion. Beliau susut RM1.2 bilion yang berpunca daripada penurunan harga saham Astro di Bursa Malaysia.

Tan Sri Robert Kuok kekal di tangga teratas dengan nilai bersih kekayaan-nya RM47.9 bilion. Walaupun hilang RM5.4 bilion dalam masa setahun akibat impak COVID-19 kepada bisnes hotelnya, Robert Kuok masih lagi mengekalkan statusnya sebagai orang terkaya di Malaysia – posisi yang dipegangnya selama lebih 20 tahun.

Satu-satunya pemenang dari 10 senarai individu terkaya di Malaysia dalam tempoh 12 minggu yang lalu ialah pengasas dan pengerusi eksekutif Hartalega Holdings Bhd, Kuan Kam Hon, yang memperoleh RM1.94 bilion kerana saham pembuatan sarung tangan getah terbesar dunia melonjak berkat permintaan sarung tangan getah yang lebih tinggi di saat penularan pandemik.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *