Pengasas Ali Baba, Jack Ma sumbangkan bekalan perubatan kepada negara terjejas koronavirus termasuk Malaysia

  • By Wendy. V
  • March 22, 2020
  • 1
  • 351 Views

Daripada semua teknologi terunggul dan pemimpin tertinggi dalam perniagaan yang mengikut rapat perkembangan mengenai pandemik COVID-19, pengasas bersama dan bekas pengerusi eksekutif Alibaba Group, Jack Ma, sering memuatnaik kemaskini mengenai perkembangan semasa. Jack Ma, 55 tahun, telah menawarkan cadangan dan penyelesaian mengenai menangani pandemik. Ma baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau akan menyumbangkan bantuan dan bekalan dari segi perubatan ke negara-negara terjejas akibat koronavirus, terutamanya di negara miskin di Asia dan Afrika.

Pertubuhan Jack Ma dan Ali Baba baru baru ini mengumumkan sumbangan bekalan perubatan ke Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Jack Ma memberitahu pertubuhan itu telah menghubungi pihak kerajaan bagi empat negara Asia Tenggara ini dan melamar untuk menyumbangkan bekalan perubatan. Menurut kenyataan tersebut, pertubuhan tersebut akan menghantar 2 juta topeng muka, 150,000 ujian kit, 20,000 baju perlindungan, dan 20,000 pelindung muka kepada Indonesia, Malaysia, FIlipina dan Thailand.

Eksekutif tertinggi itu juga menghantar ciapan, di mana beliau berikrar untuk menyumbangkan 1.8 juta topeng muka, 210,000 ujian kit, 36,000 baju perlindungan dan alatan lain kepada negara seperti Afghanistan, Bangladesh, Cambodia, Laos, dan negara lain seperti yang disebut di dalam ciapan beliau.

Terdahulu, Jack Ma telah membantu 54 negara di Afrika bagi mengekang penularan wabak itu yang berisiko untuk menerima kesan krisis itu dan mampu membuat 1.3 bilion orang di benua itu terjejas. Sebagai mengatasi permintaan bekalan dan alatan perubatan yang semakin melonjak di di Afrika, pertubuhan itu menderma 20,000 ujian kit, 100,000 topeng muka dan 1,000 baju serta perlindungan muka di setiap satu negara Afrika.

Usaha kemanusiaan Ma ini dilakukan setelah dunia mengalami kekurangan keperluan perubatan dan peralatan perlindungan yang juga turut memberi kesan terhadap pembangunan ekonomi.

Matlamat pertubuhan itu ialah untuk membantu melawan wabak COVID-19 di peringkat dunia, dengan sokongan yang akan terus disalurkan kepada negara yang memerlukan bantuan.

Untuk rekod, Ma mempunyai jumlah harta sebanyak 38.9 bilion dolar, pengasas bersama sebuah perniagaan e-commerce terbesar di dunia.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts