Syarikat petrol jenama “FIVE” dilancar di Malaysia, tawar pembayaran tanpa tunai

  • By Wendy. V
  • March 20, 2020
  • 0
  • 218 Views

Five Petroleum Malaysia Sdn Bhd telah mengumumkan pelancaran jenama petrol terbaharu di Malaysia, iaitu FIVE. Ia bercadang untuk mengubah industri petrol tempatan dengan menampilkan sebuah aplikasi yang menawarkan pembayaran tanpa tunai.

Lebih menarik lagi, syarikat petrol berlesen yang sedang giat membangun untuk industri tempatan ini menawarkan persediaan stesen yang lebih mudah dan kecil untuk usahawan baru. Ini bermakna cabaran kemasukan lebih rendah berbanding jenama petrol lain yang lebih gah.

Ini bermaksud akan lebih banyak stesen yang akan dibuka di kawasan terpencil supaya bekalan bahan api lebih mudah untuk diperolehi. Menurut FIVE, perkara ini boleh meningkatkan ekonomi dengan menyediakan peluang untuk usahawan baru di pasaran.

Pasukan disebalik FIVE bukanlah baru dalam industri petrol (bahan api). Syarikat ini dipelopori oleh pasukan sama yang membangunkan Seng Group, iaitu satu perniagaan bahan api yang sudah bertapak selama 50 tahun. Kumpulan ini juga menjadi peneraju sebagai pembekal dan perkhidmatan pengurusan stesen petrol.

Untuk memastikan bahan api itu memenuhi tahap kualiti, FIVE akan mendapatkan bekalan daripada Petronas dan juga menggunakan teknologi digital termasuk sebuah aplikasi baru bercirikan pembayaran tanpa tunai (cashless payment), yang mungkin agak sama dengan Setel.

Stesen petrol pam yang pertama terletak di Kalumpang, Selangor dimana ia berdekatan dengan Tanjung Malim, Perak dan dijangka akan beroperasi dalam masa terdekat, kemungkinan bulan Mac 2020.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *