FoodPanda, Grab masih beroperasi seperti biasa

  • By Wendy. V
  • March 18, 2020
  • 0
  • 229 Views

Seiringan dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, banyak sektor yang ditutup untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19. Hanya perkhidmatan penting negara sahaja yang dibenarkan untuk terus berjalan.

Antara servis penghantaran popular, Grab, hari ini mengumumkan bahawa operasi mereka akan berjalan seperti biasa pada tarikh yang dinyatakan. Ini termasuklah GrabFood, GrabMart, kenderaan, dan juga GrabExpress.

FoodPanda juga masih beroperasi namun ia meningkatkan kebersihan dengan membuat penawaran penghantaran tanpa sentuh ‘contactless delivery‘. Apa yang dimaksudkan adalah penghantar tidak perlu berada dekat secara terus dengan pelanggan. Penghantar makanan hanya perlu berada pada jarak 1 meter dari pelanggan ketika menghantar.

Menurut FoodPanda, langkah baru ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan pelanggan berasa selamat dengan penghantaran yang dilakukan.

Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjamin, FoodPanda ada menyediakan ‘hand sanitizer‘ dan topeng muka secara percuma kepada rider yang bertugas. Mereka juga akan diminta untuk mencuci tangan setiap dua jam sekali dan setiap kali selesai menghantar pesanan.

Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di mana orang ramai dinasihatkan berada di kediaman masing-masing. Inisiatif ini sedikit sebanyak membantu orang ramai memesan makanan dengan cara yang lebih selamat.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *