Malaysia pada kedudukan-35 dalam Indeks Internet Inklusif 2020

Malaysia menduduki tempat ke-35 daripada 100 negara yang dikaji untuk Indeks Internet Inklusif 2020 dan pada tempat kelapan di Asia Pasifik.

Indeks Internet Inklusif ini dijalankan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU), ditugaskan oleh Facebook. Kajian ini membabitkan 100 buah negara yang mewakili 91% populasi global.

Kajian menempatkan negara itu berdasarkan empat faktor: Ketersediaan (kualiti dan keluasan infrastruktur), Kemampuan (kos akses), Relevan (sejauh mana kandungan bahasa tempatan) dan Kesediaan (keupayaan mengakses internet seperti kemahiran dan dasar sokongan).

Menurut indeks tersebut, Malaysia menunjukkan prestasi yang baik berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia.

Katanya, Malaysia menunjukkan prestsi baik berbanding negara-negara Asia lain dalam faktor kesediaan, yang mana kemajuannya terbukti dalam dasar dan amanah serta subkategori keselamatan.

“Kemampuan, terutamanya data mudah alih pasca prabayar dan telefon pintar adalah kelemahan utama,” kata laporan itu.

Malaysia menduduki tempat ketiga di peringkat global penunjuk kesediaan, di belakang hanya Qatar dan Austria. Tetapi, Malaysia berada pada kedudukan ke-43 bagi indikator Kemampuan dan di tempat ke-33 dan 38, masing-masing untuk petunjuk Relevan dan Ketersediaan.

Mengatasi kedudukan keseluruhan ialah Sweden, New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, Denmark, Korea Selatan dan Kanada. Negara-negara yang pada kedudukan teratas pada semua kategori ialah Sweden, New Zealand, United States, Australia, Denmark, Korea Selatan dan Kanada. 

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *