NAP2020 dijangka sumbang RM104.2 billion kepada KDNK

  • By Wendy. V
  • February 21, 2020
  • 0
  • 75 Views

Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) dijangka akan menyumbang sehingga RM104.2 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Kementerian Perdagangan dan Industri berkata, unjuran sumbangan berkenaan adalah selaras dengan jangkaan jumlah pengeluaran sejumlah 1.47 juta kenderaan dan jumlah jualan (TIV) 1.22 juta kenderaan menjelang 2030.

Hari ini, NAP2020 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau diriringi Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Darell Leiking.

NAP2020 ini menggabungkan tiga elemen teknologi canggih baharu iaitu Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV), Mobiliti sebagai satu Perkhidmatan (MaaS) dan Revolusi Perindustrian 4.0 (Industri 4.0).

Dr Mahathir ketika berucap pada majlis pelancaran NAP2020, di sini, hari ini, berkata teknologi kenderaan adalah tumpuan pembangunan yang kritikal bagi pengeluar kereta dunia pada hari ini bagi meningkatkan keselamatan kenderaan serta menjadikan mobiliti lebih pintar dan mesra alam sekitar.

Selain menyelaraskan dengan trend teknologi terkini, beliau berkata, NAP2020 juga menyasar menambah baik dasar semasa di samping memperkenalkan langkah-langkah baharu yang akan menjadi dasar pembangunan perindustrian menyeluruh, menyediakan kepada keperluan berbeza pelbagai pemegang kepentingan dalam rantaian nilai.

“Sehubungan itu, NAP2020 telah menimbang semua kemungkinan elemen dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, penyertaan syarikat domestik dalam rantaian bekalan tempatan dan global, aktiviti kejuruteraan, pembangunan kapasiti tenaga kerja tempatan, peningkatan eksport serta insentif pelaburan,” katanya.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *