Saham Apple jatuh, jualan dan pengeluaran terjejas akibat COVID-19

  • By Wendy. V
  • February 20, 2020
  • 0
  • 68 Views

Saham Apple jatuh lebih 3 peratus dalam dagangan pada Selasa, susulan daripada kenyataan Apple berkenaan operasi dan jualan di China. Sekaligus, ia turut mengheret turun saham pembekal di serata dunia.

Sebelum ini syarikat teknologi Apple, memberi amaran kepada pelaburnya yang ia mungkin tidak akan mencapai sasaran kewangan untuk suku kedua.

Menurut Apple, ini susulan pengeluaran dan jualan iPhone yang terkesan akibat wabak novel koronavirus (COVID-19) di China dan pengeluaran yang dilakukan diluar wilayah Hubei adalah masih perlahan.

Dalam masa yang sama, permintaan menurun di China kerana kebanyakan daripada 42 pusat jualan Apple di China ditutup atau beroperasi lebih singkat.

Apple dalam kenyataan sebelum ini menyatakan ia tidak akan mencapai sasaran pendapatan AS$63 bilion untuk suku berakhir 31 Mac. Ia bagaimanapun, tidak menyatakan sasaran baru yang ditetapkan untuk suku berkenaan meskipun China adalah pasaran ketiga terbesar bagi iPhone selepas Amerika dan Eropah.

Namun di luar China, Apple menyatakan pasaran iPhone masih kukuh dan selari dengan jangkaan syarikat.

Penganalisis yang ditinjau Reuters melihat kemaskini unjuran berkenaan sebagai cabaran jangka pendek.

Tambah mereka, prestasi syarikat berkenaan masih lagi baik di luar China dan pelancaran telefon 5G dijangka meningkatkan kembali jualan.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *