KiplePay diberi kelulusan sedia e-Dompet label putih

  • By Wendy. V
  • February 11, 2020
  • 0
  • 82 Views

KUALA LUMPUR: Kiplepay Sdn Bhd (KiplePay), anak syarikat milik penuh Green Packet Bhd menjadi pemain teknologi kewangan (fintech) terawal yang menyediakan penyelesaian e-dompet label putih di Malaysia dengan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).

Syarikat yang memiliki lesen di bawah kategori e-wang BNM itu menyediakan perkhidmatan e-dompet sejak 2017 dengan tumpuan khusus kepada pelajar dan universiti.

KiplePay kini menyediakan e-dompet untuk segmen perniagaan ke perniagaan ke pengguna dan menjadi gerbang pembayaran untuk segmen perniagaan ke perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif KiplePay, Tan Kay Yen

Ketua Pegawai Eksekutif KiplePay, Tan Kay Yen, berkata ia sememannya satu kemenangan besar untuk KiplePay untuk diberi kelulusan bagi membolehkan negara semakin ke hadapan dalam agenda penyedia tanpa wang.

“Dengan perkhidmatan label putih, akan membolehkan syarikat memudahkan lebih banyak perniagaan sama ada untuk perusahaan dengan asas pelanggan yang besar atau perusahaan kecil dan sederhana untuk melancarkan e-dompetnya sendiri,” katanya.

Pada waktu sekarang, KiplePay, melalui dompet sebagai keupayaan perkhidmatan, memperkasakan antara usaha e-dompet terbesar di negara ini dikenali sebagai Setel iaitu pelanggan boleh membeli minyak di dalam kenderaan mereka dengan hanya beberapa klik pada peranti mudah alih mereka.

“Diperkenalkan oleh Petronas Dagangan Bhd, Setel adalah penyelesaian e-pembayaran petrol yang pertama di Malaysia dan boleh didapati di lebih 700 stesen Petronas di seluruh negara hari ini,” katanya.

Beliau berkata, KiplePay akan membolehkan perkhidmatan label putih, menggabungkan kecerdasan buatan dan pengenalan wajah, untuk bekerjasama dengan syarikat minyak dan gas lain yang mengendalikan lebih 100 stesen minyak di Malaysia.

KiplePay juga, katanya bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak, Kedah dan Selangor untuk membolehkan elaun kebajikan tanpa tunai diagihkan melalui kad debit kepada lebih 60,000 keluarga.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *