The Malaysia Post

Isu Rohingya: Najib tegas bukan hipokrit, kenyataan diputar belit

Isu Rohingya menjadi hangat baru-baru ini apabila beberapa pertubuhan hak asasi menyalahkan Malaysia kerana tidak membenarkan bot kapal yang membawa pelarian Rohingya untuk masuk ke sempadan negara.

Beberapa kelompok masyarakat juga menyuarakan pendapat berbeza mengenai etnik Rohingya ini, dan rata-ratanya tidak menyokong sekiranya Malaysia terus prihatin dengan isu Rohingya.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengeluarkan kenyataan mendakwa kenyataannya telah diputar belitkan untuk membina persepsi bahawa beliau hipokrit berhubung isu Rohingya.

Dulu, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Najib Razak, pernah memperjuangkan masalah Rohingya di Myanmar dan bertegas untuk menghulurkan bantuan kepada pelarian-pelarian ini.

“Isu perhimpunan yang dianjurkannya bersama PAS ketika mengetuai kerajaan dahulu bertujuan mendesak kerajaan Myanmar memberhentikan kekejaman terhadap entik Rohingya. Kita tidak buat perhimpunan untuk suruh semua pelarian Rohingya untuk datang ke Malaysia,” kata Najib.

Menurut Najib, ada ketika itu kerajaan jelas mengatakan bahawa usaha Malaysia dalam menangani isu pelarian Rohingya dibuat atas dasar kemanusiaan dan mengikut budi bicara.

“Tapi kita tidak boleh bagi isyarat yang Malaysia terbuka, siapa-siapa hendak masuk, boleh masuk.

“Tiada siapa yang boleh menuduh Malaysia tidak pernah buat apa atau berlaku zalim dalam isu pelarian Rohingya ini,” katanya.

Najib turut mengecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana kurang membantu menangani isu pelarian Rohingya.

Isu Rohingya kebanyakan terpaksa dipikul secara bersendirian oleh Malaysia. Negara ASEAN dan PBB selalunya bersikap lepas tangan malah turut tidak mengendahkan isu pelarian ini. Negara ASEAN turut menghalang entik Rohingya untuk masuk ke sempadan negara mereka.

Menurut Najib, etnik minoriti Rohingya di negara ini perlu menghormati undang-undang Malaysia dan sensitif dengan sentimen serta kebimbangan rakyat dalam penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

“Ya, mereka pernah bantu, tetapi mereka juga perlu membantu mereka sendiri dengan menghormati undang-undang dan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.

“Kita tak boleh membenarkan dua bot itu mendarat di Malaysia kerana kita tak mahu tragedi yang lagi besar berlaku,” katanya.

Najib berkata sekiranya Malaysia menerima kemasukan dua bot yang membawa pelarian Rohingya ke dalam negara sudah tentu Malaysia akan menjadi tumpuan utama pelarian etnik itu.

“Bila ini berlaku maka lagi ramai nyawa Rohingya akan terjejas atau terkorban semasa perjalanan bot yang amat bahaya ini.

“Tahukah kamu bahawa puluhan penumpang bot telah terkorban nyawa sebelum dua kapal itu sampai ke perairan Malaysia?

“Seramai satu juta etnik Rohingya kini berada di sempadan negara Bangladesh dengan Myanmar.

“Bayangkan berapa lagi bot-bot lagi yang akan cuba berlayar ke Malaysia jika dua bot pertama dari kem-kem di Bangladesh itu berjaya mendarat dan diterima oleh Malaysia?,” soalnya.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Smart Hadith, aplikasi oleh JAKIM dan SKMM untuk rujuk kesahihan hadis

Read Next

67 daerah kini kembali menjadi zon hijau, tiada zon merah baru dilaporkan sejak minggu lalu

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.