The Malaysia Post

China kenakan langkah kuarantin ketat di Harbin selepas seorang pelajar dari New York menjangkiti 70 orang

China melaksanakan semula langkah kuarantin yang ketat di bandar Harbin, iaitu bandar terbesar di wilayah Heilongjiang dengan populasi lebih 10 juta penduduk selepas penularan koronavirus baharu dikesan.

Sebelum ini, bandar tersebut telah megarahkan kuarantin selama 28 hari untuk warganegara mereka yang tiba dari luar negara manakala kuarantin 14 hari untuk yang menunjukkan simptom jangkitan virus itu.

Lebih daripada 70 orang dilaporkan telah dijangkiti manakala kira-kira 4,000 yang lainnya sedang diuji untuk saringan di Harbin selepas virus itu dipercayai diimport ke bandar terbabit oleh seorang pelajar yang baru sahaja pulang dari New York, menurut laporan media.

Pelajar berusia 22 tahun itu dikenali sebagai Han, disyaki menjadi punca kepada kes jangkitan yang dilaporkan di Harbin.

Han diuji negatif semasa mengasingkan diri setelah mendarat di kampung halamannya tetapi pegawai kesihatan tempatan mengatakan bahawa dua ujian terakhirnya pada bulan April menunjukkan dia mempunyai antibodies coronavirus, menandakan beliau mempunyai jangkitan virus itu.

Han pulang ke China pada 19 Mac dan melalui proses kuarantin di rumah. Setelah selesai menjalani kuarantin 14 hari, ujian menunjukkan beliau disahkan negatif COVID-19, dan dibenarkan keluar dari rumah oleh pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, dikatakan masih terdapat sisa virus tersebut pada beliau menyebabkan menyebarkan jangkitan kepada berpuluh individu lain tanpa disedari.

Selain itu, kebanyakan kes dilaporkan di Harbin adalah kes asimptomatik, iaitu kes yang tidak menunjukkan sebarang simptom. Ini menjadikan keadaan lebih membimbangkan kerana tidak dapat mengenal pasti individu yang dijangkiti virus itu.

Pihak berkuasa di Harbin telah melarang sebarang perhimpunan dan mengarahkan komuniti untuk mengawas pelawat luar dan kenderaan yang melakukan perjalanan di bandar itu. Di samping itu, beberapa checkpoints juga diletakkan di kawasan seperti lapangan terbang dan stesen kereta api bagi menyaring ujian kepada mereka yang datang daripada mana-mana tempat.

Kerajaan juga mengeluarkan arahan agar penduduk menggunakan aplikasi pengesanan virus COVID-19 yang disediakan dan disokong oleh kerajaan, dibenarkan untuk mengambil suhu mereka dan sentiasa memakai topeng muka sebelum memasuki mana-mana pusat kemudahan awam dan perumahan.

Langkah penjarakan sosial sangat digalakkan untuk semua bagi memutuskan rantaian virus maut itu, selain larangan sebarang bentuk majlis perkahwinan, pengebumian, persembahan awam dan perhimpunan.

Harbin adalah ibu kota di wilayah Heilongjiang di utara timur China yang kini sedang bergelut dengan penularan koronavirus terbaru di negara itu. Bandar itu telah mengarahkan agar penduduk untuk mengasingkan diri dan mengambil ujian nukleik asid bagi mereka yang tiba dari luar China dan kawasan utama epidemik.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Kehadiran bulan Ramadan berbeza, disambut di tengah pandemik COVID-19

Read Next

Bau mulut ketika berpuasa? Cara menghilangkan bau mulut

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.