The Malaysia Post

Projek minyak sawit sintetik, minyak sawit tulen Malaysia tidak terancam

Malaysia adalah antara pengeluar terbesar minyak kelapa sawit di seluruh dunia dan penyumbang besar kepada ekonomi negara. Sejak beberapa dekad sehingga hari ini, minyak sawit seringkali menjadi isu berbangkit untuk beberapa sebab tertentu.

Terbaharu, satu syarikat sedang berusaha untuk menghasilkan minyak sawit sintetik sebagai usaha bagi mewujudkan satu alternatif yang lestari dan mesra alam terhadap konflik minyak sawit. Syarikat pemula niaga Amerika Syarikat (AS), C16 Biosciences melalui cabang pelaburan Breakthrough Energy Venture itu diterajui oleh Bill Gates bagi membangunkan teknologi berasaskan minyak sawit sintetik melalui teknologi proses fermentasi mikrob.

Malaysia sebagai negara pengeluar minyak kedua terbesar dunia tidak melihat pengeluaran minyak sawit sintetik sebagai satu ancaman kepada rantaian bekalan minyak sawit tulen yang dihasilkan secara amalan pertanian terbaik dan piawaian kemampanan.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Datuk Dr Kalyana Sundram berkata akan wujud banyak kesukaran lain yang akan timbul dalam percubaan untuk meniru minyak sawit semula jadi.

Seperti contohnya, selok-belok yang rumit dan sukar berkaitan jenis triglyceride semula jadi yang berada pada molekul gliserol serta hadir dalam minyak sawit menerusi susunan berbagai-bagai yang sukar untuk ditiru sepenuhnya oleh teknologi semasa.

Mohd Khairuddin dan Sundram berkata C16 Biosciences mungkin berjaya dalam menghasilkan molekul asid lemak rantaian lurus teras yang merupakan tulang belakang minyak sawit dan juga bagi semua minyak dan lelemak.

Bagaimanapun mereka bertanya sama ada itu sudah mencukupi, memandanghkan sains juga boleh menghasilkan molekul asid lemak rantaian karbon daripada pelbagai proses dan kaedah lain.

“Merujuk contoh lemak tepu dan tindak balas kolesterol darah manusia yang mana pakar lipid AS menekankan idea bahawa asid stearik tepu adalah neutral kolesterol manakala asid palmitik yang dijumpai dalam minyak sawit adalah pertambahan kolesterol.

“Mereka meneruskan usaha itu dan mencipta satu tiruan, tri-stearik trigliceride tepu sepenuhnya melalui teknologi proses. Hakikatnya, sifat semula jadi dan metabolisme manusia tidak mungkin bertoleransi dengan terlalu banyak molekul seperti itu,” kata mereka.

Projek minyak sawit sintetik C16 Biosciences menerima dana US$20 juta (US$1 = RM4.39) daripada pengasas bersama Microsoft Corporation, Bill Gates itu.

Kedua-duanya berkata begitu juga dengan C16 Biosciences yang harus dipuji atas pemikiran luar daripada kelaziman, tetapi tidak semestinya bersetuju bahawa mereka akan menjana peluang global yang boleh mengehadkan penggunaan minyak sawit semula jadi.

“Jika mereka berjaya sekalipun, namun berdasarkan halangan besar terhadap teknologi sedemikian, impak mereka ke atas rantaian bekalan minyak sawit semula jadi adalah kecil. Gembar-gembur yang diciptakan menerusi media barat berkaitan ini seperti satu lagi usaha untuk menjejaskan industri minyak sawit.

“Sebagai sebuah negara, Malaysia menerajui keusahawanan saintifik dalam minyak sawit dengan beratus juta telah dilaburkan ke dalam program penyelidikan dan pembangunan selain kerap bekerjasama dengan beberapa institut penyelidikan terbaik dari seluruh dunia,” kata mereka.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Konflik Laut China Selatan, Malaysia komited lindungi kepentingan dan hak negara secara damai

Read Next

Di sebalik COVID-19, WHO beri amaran kematian malaria boleh berganda

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.