The Malaysia Post

Teknik menangani masalah kesesakan rangkaian perkhidmatan internet, perkongsian oleh CFM

Berikutan penggunaan internet yang sesak akibat pertambahan bilangan pengguna yang melayari internet semasa tempoh berkurung (lockdown) ini, keadaan trafik layaran rangkaian menjadi agak sesak. Masalah kesesakan rangkaian berpunca daripada ramai pengguna menggunakan rangkaian tersebut di kawasan yang sama dan pada masa yang sama.

Apabila berlakunya kesesakan rangkaian ini, ia boleh memberi kesan kepada prestasi peranti pengguna seperti penurunan kelajuan data. Selain itu, pengguna juga akan mengalami masalah seperti panggilan terputus walaupun telefon mempunyai isyarat disebabkan rangkaian tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyambungkan panggilan.

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah berkongsi beberapa petua mudah bagi menangani masalah rangkaian yang dihadapi oleh kebanyakan pengguna.

1. Tukar sokongan data mudah alih

Pengguna boleh menukarkan sokongan data mudah alih 4G/LTE kepada rangkaian 3G atau 2G. Kemungkinan, pengguna masih mampu menerima data tetapi ia agak perlahan. Bagaimanapun, ia adalah alternative yang berkesan apabila rangkaian 4G mengalami kesesakan trafik.

2. Hadkan panggilan telefon

Dengan cara mengehadkan membuat panggilan telefon, ianya dapat menangani masalah kesesakan rangkaian. Pengguna boleh mengambil inisiatif dengan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS). Panggilan telefon boleh dihadkan hanya untuk tujuan kecemasan.

3. Elak guna aplikasi yang memerlukan lebih data

Pengguna boleh mengelakkan menggunakan aplikasi yang memerlukan peruntukan data yang banyak contohnya seperti memuatnaik video HD atau penstriman video berkualiti tinggi.

4. Tukar tetapan bagi kualiti video

Pengguna boleh menukarkan tetapan untuk menonton video dalam kualiti yang lebih rendah berbanding memilih kualiti video berdefinisi tinggi (HD).

5. Tutup aplikasi yang tidak digunakan

Mungkin ramai pengguna yang tidak tahu, tetapi aplikasi yang dibuka akan menyebabkan penggunaan data di sebalik layar. Ini akan menyebabkan anda mengalami rangkaian yang lebih perlahan ketika anda membuka aplikasi lain. Dengan itu, pengguna disarankan untuk menutup aplikasi yang tidak digunakan dan pantau jumlah data yang digunakan.

6. Nyahaktif kemaskini atau data sync

Pada sesetengah peranti, penyelarasan data atau data sync ditetapkan secara automatik. Contohnya, aplikasi e-mel yang sentiasa mengemaskini secara automatik dengan akaun pengguna yang boleh memperlahankan penggunaan data oleh aplikasi-aplikasi lain untuk mengakses rangkaian.

Begitu juga dengan kemaskini pada aplikasi-aplikasi di PlayStore mahupun AppStore. Sebagai langkah mengurangkan kesesakan rangkaian, pengguna boleh nyahaktifkan kemaskini atau data sync tersebut.

7. Restart telefon

Jika anda masih mengalami masalah yang sama, sebagai langkah terakhir anda boleh mencuba untuk restart peranti mudah alih anda.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Golongan usia muda tiada jaminan terhindar COVID-19, malah boleh dapat simptom lebih teruk lagi

Read Next

Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari UAE, Hishammuddin berterima kasih

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.