The Malaysia Post

Olimpik Tokyo 2020 ditunda tahun hadapan susulan pandemik koronavirus

Olimpik Tokyo 2020 akan ditunda sehingga 2021 selepas perundingan antara Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dengan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, mengesahkan keputusan yang dibuat tidak dapat dielakkan susulan pandemik koronavirus.

Abe berkata malam tadi bahawa beliau dan Bach bersetuju dengan cadangan menangguhkan Olimpik Tokyo untuk kira-kira setahun. Abe bercakap kepada wartawan selepas perbualan telefon dengan Presiden IOC, Thomas Bach mengenai hasrat menangguhkan temasya berkenaan di sebalik bertambahnya kebimbangan mengenai pandemik koronavirus (COVID-19).

“Kami bersetuju bahawa penangguhan (temasya Olimpik) akan menjadi cara terbaik untuk memastikan atlet berada dalam keadaan puncak apabila mereka bersaing dan untuk menjamin keselamatan para penonton,” kata Abe kepada pemberita tidak lama selepas panggilan persidangannya dengan Bach.

Temasya Olimpik “mesti dijadualkan semula sehingga tarikh 2020 tetapi tidak lewat dari musim panas 2021, untuk menjaga kesihatan para atlet, semua orang yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan masyarakat antarabangsa,” kata IOC dan Jawatankuasa Penyelaras Tokyo 2020 dalam kenyataan bersama.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike secara berasingan memberitahu wartawan bahawa temasya itu, akan dilangsungkan pada musim panas 2021 dan akan tetap dijenamakan sebagai “Tokyo 2020.”

Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik akan tetap digelar sebagai “Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020” walaupun ianya akan diadakan pada tahun hadapan, manakala api Olimpik akan terus berada di Jepun “sebagai lampu harapan untuk dunia semasa saat yang sukar ini.”

Penangguhan itu merupakan tamparan hebat kepada negara tuan rumah, yang telah membelanjakan lebih daripada $12 bilion pada acara tersebut, manakala jumlah yang besar juga dipertaruhkan untuk para penaja dan penyiar. Goldman Sachs menganggarkan bahawa Jepun akan kehilangan $4.5 bilion (550 bilion yen) dalam penggunaan inbound dan domestik pada tahun 2020 jika Sukan Olimpik tidak berlaku seperti yang dirancang. Tetapi, negara tuan rumah menyambut keputusan IOC itu untuk menangguhkan temasya sehingga setahun walaupun bercampur kekecewaan.

Pemilihan pendapat (polls) yang diambil sebelum pengumuman menunjukkan bahawa orang Jepun sudah menerima bahawa Tokyo 2020 akan menjadi mangsa anjuran sukan terbesar oleh pandemik koronavirus. Menurut tinjauan berita Kyodo minggu lalu, hampir 70% responden berkata mereka tidak menjangka temasya akan berlangsung pada musim panas ini.

Seorang pengguna Twitter memberikan reaksi secara jenaka (humour), memaparkan imej logo “baru” Tokyo 2020 dengan sifar yang dipangkah dalam gaya Jepun tradisional.

Tokyo sudah melengkapkan persiapan apabila virus berkenaan mula menular di seluruh dunia. Walaupun menegaskan selama hampir sebulan bahawa temasya itu akan terus berlangsung seperti dirancang, Abe minggu ini berkata penangguhan mungkin tidak dapat dielakkan jika acara itu tidak dapat dilangsungkan dengan sempurna.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

COVID-19: Malaysia catat 106 kes baharu, jumlah kes kematian 15 orang

Read Next

AMD umumkan Ryzen 9 4900H dan 4900HS untuk komputer riba

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.