The Malaysia Post

Optimism bias rakyat Malaysia hadapi wabak

Orang Malaysia atau purata manusia atas muka bumi ini ada bias optimism. Kalau suatu malapetaka melanda, mereka optimis mereka tidak akan terkena malapetaka tersebut.

Ini antara sebab mengapa kempen berhenti merokok tidak pernah berjaya. Letaklah gambar paru-paru rosak merata pun. Letaklah video paru hitam merata pun, perokok tetap merasakan dirinya tidak terkena ancaman tersebut.

Walaupun kematian atas jalan raya merupakan salah satu punca kematian utama manusia, tetapi masih ramai lalai dan leka memandu. Masih ramai berani bermain telefon bimbit dan tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Obesiti juga merupakan antara punca kematian tertinggi manusia, tetapi masih ramai manusia galak makan benda bukan-bukan.

Samalah macam kes jangkitan wabak. Nasihatlah macam mana pun, susah manusia nak ikut. Suruh basuh tangan ke, orang yang ada simptom tak perlu keluar ke, “social distancing” ke, tak kisahlah apa nasihat pun, rakyat Malaysia tetap optimis mereka bukan punca sebaran wabak dan tetap optimis mereka tak kena wabak.

Sebab itu saya kurang setuju kalau pihak berkuasa cuma sekadar bagi panduan dan nasihat. Paling-paling kena ada tindakan tegas. Kalau tak nak bagi berhimpun ramai-ramai, tempat itu kena ditutup, penganjur perlu diambil tindakan, bukannya suruh orang ramai jangan berhimpun tetapi punca yang menjadi perhimpunan itu dibiarkan.

Taiwan adalah negara paling dekat dengan China, tetapi kesnya antara paling rendah di rantau Asia berbanding Korea, Jepun dan Malaysia.

Antara sebab kejayaan Taiwan ialah mereka haramkan penerbangan. Mereka merupakan negara pertama yang haramkan penerbangan. Mereka tak suruh rakyatnya jangan pergi melancong.

Mereka beli semua penutup muka, dan jual kepada rakyat dengan harga murah serta buat catuan. Mereka tak suruh kedai jual harga murah ataupun suruh rakyat jangan beli pukal.

Mereka beli “hand sanitizer” dan letak di tempat-tempat penting, mereka tak minta orang beli “hand sanitizer”. Mereka sendiri sediakan.

Kalau ada satu-dua kes positif wabak, mereka tutup satu bangunan. Mereka tak suruh satu-dua yang kena kes ini duduk rumah. Mana maunya orang macam ini nak ikut.

Aktiviti suruh-menyuruh susah nak berjaya kerana bias optimis. Kena matikan punca, bukan sekadar merawat simptom.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Huawei Mate XS, telefon pintar 5G boleh lipat

Read Next

Mahkamah di Malaysia kuatkuasakan undang-undang ketat terhadap pemburu haram

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.