The Malaysia Post

Sektor pelancongan kerugian RM3.37 bilion akibat COVID-19

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan anggaran kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 adalah sebanyak RM3.37 billion akibat penularan coronavirus (COVID-19).

Perdana Menteri berkata, kerajaan menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menurun sebanyak 0.8 peratus hingga 1.2 peratus, iaitu penurunan sebanyak RM10.8 billion hingga RM17.3 billion.

Katanya, ia susulan pakej pelancongan dibatalkan dan ini menjejaskan mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat penerbangan dan perhotelan.

Malah, Muhyiddin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama kelmarin turut mengarahkan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangka pendekatan sesuai bagi menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas berikutan penularan COVID-19.

Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Nancy Shukri akan menggubal pelan memacu semula industri pelancong dan perancangan itu dibentangkan untuk peritmbangan Jemaah Menteri dalam waktu terdekat.

Muhyiddin berkata, langkah itu berikutan kesan penularan COVID-19 terhadap beberapa industri yang menjana pendapatan negara, khususnya pelancongan yang setakat ini dijangka mengakibatkan kerugian tahunan menjangkau RM51 bilion.

“Isu yang lebih besar di sini adalah bagaimana hendak berdepan dengan masalah ini, iaitu COVID-19 kerana ia menjejaskan industri pelancongan.

“Justeru, kita bincang tadi untuk Kementerian Pelancongan (Kesenian dan Kebudayaan) kemukakan pendekatan khusus bagi membantu industri berkaitan.

“Kita nak tolong industri supaya mereka tidak berdepan kesan yang begitu teruk, menerusi pendekatan berkaitan untuk memastikan sektor pelancongan mampu membantu menjana pendapatan negara,” katanya.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Anwar sahkan Dr Mahathir bukan lagi ahli PH

Read Next

Kestabilan politik penting untuk kestabilan ringgit

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.