The Malaysia Post

Pembantu Jabatan Perikanan Perlis didakwa atas suapan RM4,000

Seorang Pembantu di Jabatan Perikanan Negeri Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM4,000, dua tahun lepas.

Tertuduh Mohd Zainal Murad, berusia 49 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman selepas semua pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama Mohd Zainal melalui satu aplikasi WhatsApp telah meminta suapan bernilai RM4,000 sebagai dorongan bagi mendapatkan surat hebahan penjualan, laporan penilaian dan pembaharuan dua vesel daripada pemilik vesel pada jam 6 petang, 6 Jun 2018 di Kampung Alor Tampang ke Paya Besar, Kangar.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa menerima suapan RM2,000 yang telah didepositkan ke akaun bank miliknya pada jam 9.41 malam, 12 Januari 2018.

Bagi pertuduhan ketiga pada 26 Julai 2018 pada jam 1.45 petang, Mohd Zainal telah menerima suapan sebanyak RM2,000 di jeti Sungai Baru di belakang Persatuan Nelayan Kuala Sungai dari individu yang sama atas urusan yang sama.

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 16 (a) (A), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019 dan boleh dihukum bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

LHDN kutip RM7.9 juta

Read Next

Faiz Subri bertekad kembali bersinar dalam karier

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.