The Malaysia Post

Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah dipecat

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Raymond Ahuar menerima dengan hati terbuka pemecatannya sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

Dalam satu kenyataan hari ini, Raymond berkata, berita pemecatannya adalah benar.

“Saya dimaklumkan isu pemecatan saya dibawa ke Mesyuarat Kabinet negeri Sabah dan diusulkan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah serta mendapat sokongan majoriti anggota Kabinet.

“Datuk Christina juga memaklumkan beliau akan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan notis pemecatan secepat mungkin,” katanya.

“Sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Sabah serta Naib Ketua Pemuda Pakatan Harapan pusat, saya akan terus memimpin anak muda untuk menentang korupsi, ketirisan dan salahguna kuasa dalam kerajaan hari ini.

“Saya akan melaksanakan tanggungjawab selaku Ketua Cabang Keadilan Pensiangan dan Ahli Majlis Pimpinan Keadilan Pusat bagi membawa suara rakyat agar sampai kepada pengetahuan pemerintah berkenaan keluhan dan keperluan rakyat,” katanya.

Menurut Raymond, beliau akan terus mendokong kerajaan dalam melaksanakan manifesto PH serta mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Skuad badminton wanita negara berikan saingan sengit kepada Jepun

Read Next

Penganggur didakwa liwat pelajar tingkatan satu

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.